Solat tidak pernah tertinggal,
Gosippun tidak pernah tinggal jua,
Jaga tepi kain orang,
Lupa pada keburukan diri,
Tak pernah nak bertaubat pada ilahi,
Aku hanya Islam pada nama,
Zakat ku bayar,
Namun riba tetap ku ambil,
Sedekah menyebabkan aku miskin,
Sibuk sangat dengan dunia sementara,
Tiada masa bagiku beribadah,
Aku hanya Islam pada nama,
Aku ucap bahawa Allah sahaja yang layak disembah,
Aku kata aku cinta Allah,
Tapi setiap jam aku chat dengan pakwe,
Setiap saat aku nak bersama makwe,
Dia yang aku paling puja dan suka,
Aku hanya Islam pada nama,
Aku bersaksi tiada yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.
Aku kata aku yakin dengan Al-Quran,
Dalam tu Allah kata jangan dekati zina,
Dekatpun tak boleh berzina apatah lagi,
Seronok pula berborak dengan berlainan jantina,
Membuatku ketagih dan nak lagi,
Mula2 ditempat terbuka beramai-ramai,
Kemudian tertutup di internet berdua,
Kemudian Allah sahajalah yang tahu,
Aku hanya Islam pada nama,
Islam maksudnya menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah,
Hati, lisan mahupun anggota,
Semuanya kena serahkan kepada Allah,
Tapi aku suka baca horoskop dan tilik nasib,
Aku serahkan masa depanku pada bintang2 dan kuiz2 tilik nasib,
Bila dapat result yang baik aku lega,
Bila dapat result buruk aku duka,
Aku hanya Islam pada nama,
Hijab tu wajib bagi lelaki mahupun wanita,
Itu Allah yang suruh tiada syak lagi,
Lelaki kena tundukkan pandangan,
Perempuan kena berhati-hati dalam pergaulan,
Aku tau melihat aurat itu salah,
Aku tau bertepuk tampar dengan lelaki tu parah,
Aku ikut orang lain buat bukan ikut kehendak Allah,
Aku hanya Islam pada nama,
Aku pakai tudung,
Aku pakai baju kurung,
Aku tak bisa melihat ada orang berdua,
Aku tak bisa melihat benda yang curiga,
Kena beritahu orang lain,
Allah kata jangan,
Tapi itu yang lebih ku suka,
Aku hanya Islam pada nama,
Aku munafik rupanya,
Nampak macam Islam,
Tapi hati tak percaya Allah dan hari pembalasan,
Tuhanku hawa nafsu,
Yang penting aku seronok dan suka,
Bila ada iftar aku paling laju,
Bila ada kelas tentang Allah kau pergi dulu,
Aku mahu bertaubat ya Allah,
Baru kutahu sukar nak masuk syurga,
Aku bersaksi dengan penuh keyakinan,
Penuh kebenaran,
Kau sahajalah yang layak disembah,
Bukan nafsuku,
Bukan apa yang orang suruh,
Bukan bintang2,
Sebab semua itu Kau ciptakan,
Kau sahajalah yang layak disembah,
Islam bukan hanya pada nama,
Pada hati, lidah dan anggota,
Pada mu’amalat pada syari’at,
Pada setiap detik setiap saat.
copy paste dr somwhere












나이스^^~Ya ALLAH Ya Tuhan kami,sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri,seandainya kau tidak mengampuni kami dan merahmati kami,sesungguhnya kami tergolong dalam golongan yang rugi Ya ALLAH.Oleh itu hanya kepada engkau kami menyembah,ampunilah kami dan rahmatilah kami kerna sesungguhnya engkaulah sebaik-baik pemberi rahmat.
aaaahhhhrrgg…trase btul dalam hati aku bile bc sajak ni. time ksh2. aku hanya Islam pada nama. Tlg doakn ak jadi Islam yg sempurne ye. T_T
ya Allah~
xterkata pe yg tlah ku buat,
hanya Engkau Maha Pengampun lg Maha Penyayang…